gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nasihat Aliff Syukri Untuk Suami Isteri Berdepan Masalah Rumah Tangga - “Perempuan Kalau Dah Kecewa & Marah…”
HIBURAN
Elizabeth Tan Dedah Sanggup Berjaga Malam Kerana Ini - "Memang Addictive!"
BERITA
1,500 Kanak-Kanak Sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Didakwa Sengaja Jadikan Isu Perceraian Sebagai ‘Marketing’, Siti Jamumall Mahu Ambil Tindakan - “Tolong Jangan Kacau Mental Aku…”

gempak
Asyikin Mayudin
16/05/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sengaja Jadikan Isu Perceraian Sebagai ‘Marketing’, Siti Jamumall Mahu Ambil Tindakan - “Tolong Jangan Kacau Mental Aku…”
Pelbagai spekulasi dan andaian yang dibuat netizen di laman sosial selepas tular video usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall diceraikan suaminya, Aiman Tak Kesah baru-baru ini.

Bakal ambil tindakan

Bagaimanapun, Siti Jamumall tampil menafikan dakwaan yang mengatakan isu perceraiannya itu hanyalah sekadar teknik permasaran semata-mata.
Malah Siti Jamumall turut meminta akaun TikTok yang melemparkan fitnah terhadap dirinya itu untuk menurunkan posting sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ni yang boleh buat orang salah faham. Turunkan posting ni segara atau see you in court,” tegas Siti Jamumall.

Terdahulu, akaun TikTok Jodoh Finder mendakwa Siti dan suaminya, Aiman telah kembali rujuk malah segala yang berlaku ketika live yang ditonton lebih 20,000 tontonan itu hanya la ‘marketing’ untuk menarik perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Main-Main! PU Syed Ulas Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman - “Kalau Dicampurkan Talak Sebelum Ini Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang Tempelak Pasangan Dedah Aib Rumah Tangga Secara Live - “Dah Gila Agaknya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Melatah! Abang Siti Jamumall Perjelas Kontroversi ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah

Sebelum ini, Siti Jamumall mengesahkan sudah kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah pada 6 Mei lalu.
Baru sahaja dirujuk Siti Jamumall sekali lagi diceraikan oleh suaminya Aiman Tak Kesah dihadapan ahli keluarganya malah momen itu turut disiarkan secara langsung menerusi live TikTok.
Siti dan Aiman telah berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024.
Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
@sitijamumall tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah mcm ni yg boleh buat org salah fhm. turun kn posting ini segera @Jodoh Finder ♬ original sound - sitijamumall
Topic Berkaitan
#cerai
#Siti Jamumall
#Aiman Tak Kesah
#Isu perceraian
Must-Watch Video