Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Sindir Kate Middleton Dalam Temu Bual Bersama Oprah, Meghan Markle Dikritik Komentator Diraja

Asraf Aided
17/03/2021 06:55 MYT
Komentator diraja, Daniela Elser menyelar tindakan Duchess of Sussex, Meghan Markle yang didakwa sengaja menyebut nama julukan birasnya Kate Middleton dalam bentuk sindiran.

Memetik laporan Daily Star, nama julukan 'Waity Katie' itu disebut Meghan dalam sebuah program temu bual bersama Oprah Winfrey minggu lalu.

"Kate digelar 'Waity Katie', menunggu untuk berkahwin dengan William, saya bayangkan ia tentu sukar, tak boleh bayangkan macam mana rasanya," katanya dalam wawancara tersebut.

Ekoran itu, Elser menyifatkan kenyataan Meghan itu adalah suatu perkara yang tidak perlu diperkatakan dan tentunya menyinggung perasaan.

"Meghan berada di hadapan kamera dan menyebut nama julukan Kate, padahal boleh sahaja bercakap mengenainya tanpa menyebut nama julukan itu, kenapa perlu sebut perkataan itu?" tulisnya kepada sebuah laman berita Australia.

Dalam program sama, Meghan juga tampil dengan kenyataan yang mengejutkan apabila mendedah tentang keluarga diraja Britain termasuk kenyataan rasis berkaitan warna kulit cahaya mata mereka, Archie.

Kredit Foto : Page Six

#Kate Middleton #Meghan Markle #Kritik #Oprah
;