Didakwa Sudah Berkahwin, Ini Jawapan Afdlin Shauki - “InsyaAllah Dalam 1 Ogos Nanti Saya Akan…”
Asyikin Mayudin
10/07/2023 09:55 MYT
10/07/2023 09:55 MYT
Masih mengunci mulut mengenai khabar angin dia berkahwin, pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki memberitahu dia tetap akan berkongsi berita gembira pada 1 Ogos nanti.
Tiada niat untuk merahsiakan perkara itu, Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
“Benda baik ini, saya akan kongsikan dengan baik kepada semua orang… Insya-Allah. Memang perkara ini melibatkan peribadi saya. Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan kongsikan.
“Mungkin juga akan awal sikit dalam hujung bulan Julai ini. Nanti saya akan beritahu sama ada saya buat sidang media atau saya ajak ke majlis terus. Bukan nak rahsiakan perkara yang baik.
“Saya adalah orang yang menghormati bekas isteri saya dan dia pun dah tahu semua… sebab itu tak war-warkan. Saya pun masih hormat dia sebagai bekas isteri,” katanya kepada Gempak.
Afdlin ditemui ketika malam final Mega Spontan 2023 yang berlangsung di Dewan UPM, Bangi, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Afdlin meluahkan rasa syukur apabila kesemua anak-anaknya menerima secara baik segala keputusan yang dibuat oleh dia dan bekas isteri.
“Alhamdulillah, anak-anak semua okay. Anak-anak saya dibesarkan untuk melihat ibu bapa mereka gembira. Masa kita bercerai pun, ada berborak dengan anak-anak.
“Mereka nak ibu bapa gembira, jadi kalau perceraian itu dapat beri sedikit kegembiraan dalam hidup… carry on. Mungkin ada sikit terasa tu ada, tapi mereka okay tentang kami bercerai.
“Sebab kami pun bukan buat keputusan yang mengejut, tapi semuanya kami berbincang dengan anak-anak,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen ‘Terpegun’ Tengok Koleksi Toys Afdlin Shauki, Rancang Jual Untuk Kumpul Duit Yayasan - “Ini Bukan Collection Abang, Dah Kira…”
ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki Dedah Sebab Bercerai, Akui Masih Bersahabat Baik Dengan Bekas Isteri
Terdahulu, tindakan pelakon filem Buli itu memuat naik foto seorang wanita di Instagram miliknya mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.
Ada sesetengah membuat anggapan pelakon itu sudah berkahwin dengan wanita tersebut apabila ruang komen foto itu ramai mengucapkan tahniah serta memanggilnya dengan gelaran Datin.
Afdlin dan bekas isteri, Christina Orow Abdullah telah membuat keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu iaitu beberapa bulan sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.
Hasil perkahwinan sejak mendirikan rumah tangga pada 1997, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.