Laman Utama
Didakwa Sudah Kahwin, Ada Anak & Tinggal Di Dubai, Salman Khan: "Brother, Satu India Tahu..."
Status aktor Salman Khan memang menjadi salah satu persoalan yang tidak akan pernah berhenti selagi pelakon filem Dabaang ini tidak berkahwin.
Terkini, peminat dikejutkan dengan dakwaan aktor sensasi ini sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah remaja. Tidak hanya itu, Salman juga didakwa tinggal bersama mereka di Dubai.
Dakwaan itu ditimbulkan oleh Arbaaz Khan sewaktu lelaki berusia 55 tahun ini hadir menjadi tetamu dalam episod pertama Pinch musim kedua, semalam.
Dalam episod tersebut, Arbaaz Khan bertanya kepada Salman mengenai dakwaan dakwaan yang dibuat oleh peminat menerusi akaun media sosial.
Dalam banyak banyak persoalan nakal, Arbaaz tertarik dengan dakwaan mengatakan Salman Khan sudah berkahwin wanita bernama Noor dan mempunyai seorang anak yang sudah berusia 17 tahun.
"Mengapa anda bersembunyi pengecut? Satu India tahu anda sekarang di Dubai bersama isteri dan anak perempuan yang sudah berusia 17 tahun. Berapa lama lagi anda mahu memperbodohkan kami?," dakwa seorang netizen.
Dengan tenang Salman menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya.
"Mereka semua adalah orang yang terlebih memiliki informasi mengenai saya. Semua ini sampah.
"Saya tidak tahu siapa yang mereka katakan dan dimana persoalan ini dipertanyakan dalam media sosial. Adakah mereka ingat saya akan memberikan respon yang hebat?
"Brother, saya tak ada isteri. Saya tinggal di India, di Galaxy Apartments sejak usia 9 tahun.
"Saya tidak akan melayan individu ini. Satu India tahu saya tinggal di mana," jawab Salman Khan seperti dilaporkan TheIndianExpress.
Selain itu Salman juga didakwa sebagai seorang aktor yang berpura pura baik.
Tanpa menunggu lama, Salman mengatakan: "Pasti dia telah melalui pengalaman buruk di mana mana. Mungkin isteri dia memuji saya atau anaknya memaksa menonton filem saya."
Kredit Foto: TheIndianExpress