Drama terbaharu Marry Me, Senorita lakonan aktres Janna Nick dan aktor Dini Schatzmann sedang bersiaran di Astro Ria bermula 2 Februari lalu.

Gandingan mantap pasangan kekasih ini mendapat respon positif daripada kalangan penonton di laman sosial.

Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila mendakwa Janna sering menjadi pilihan heroin dalam drama arahan pengarah terkenal Michael Ang.

"Michael Ang suka ambil pelakon sama, Janna Janna Janna. Bagilah heroin-heroin baru," tulis pengikut itu di ruang komen di Instagram (IG).

Tidak mendiamkan diri, Michael membalas komen itu dengan menyatakan kerjasama ini terjadi selepas tiga tahun.

Drama arahan terakhirnya yang dilakonkan oleh Janna adalah My Coffee Prince pada tahun 2017.

"Dah lama saya tak buat drama dengan Janna, dah tiga tahun. Itu pun selalu ke?" balasnya.



Komen balas Michael telah mendapat sokongan daripada pengikutnya yang memuji dengan hasil lakonan pemilik nama Nurul Jannah Muner.

"@fareen_faiqish: Janna berlakon best. Heroin baru sapa yang boleh berlakon baik macam Janna.. Berbakat.

"@nasrulnuddinnasri: Itu rezeki dia. Kalau Janna Nick berlakon best, kenapa nak mempersoalkan?" antara reaksi daripada wargamaya.

Selain Janna dan Dini, Marry Me, Senorita turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Shaza Bae, Yasmin Hani, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Fadilah Mansor, Meerqeen, Daler Yusuf dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama Marry Me, Senorita pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).