Hiburan
Didakwa Suka Kejar Populariti, Ini Jawapan Izara Aishah…. Memang Padu!
Aktres Izara Aishah tampil mempertahankan lakonannya dalam siri Ombak Rindu yang menjadi pertikaian segelintir netizen di laman Twitter.
Jelas Izara, dia bersetuju menerima tawaran tersebut untuk mengangkat darjat wanita daripada golongan suami yang suka mendera.
“Saya pelik kenapa Izara bersetuju dengan cerita Melayu bodoh macam ni ughh,” tulis seorang pengikut.
“Saya bersetuju sebab siri ini mengangkat wanita daripada suami yang pendera,” balas Izara.
Walaubagaimanapun, terdapat seorang netizen yang melemparkan kata-kata kesat dengan mendakwa Izara seorang yang suka mengejar populariti.
“Dia suka kot sebab dulu filem tu kan hits. Popularity over everything,” tulisnya.
Izara yang perasan dengan kewujudan komen tersebut lantas tidak mendiamkan diri.
“You are rude. Popularity over everything is your lifestyle not mine,” balasnya.
Kedua-kedua individu terbabit memohon maaf kepada Izara selepas menyedari akan kesilapan mereka.
I pelik why izara agree dgn cerita melayu bodo mcm ni ughhh— zulema dilema kehidupan? (@nurysrmli) January 10, 2020
I agreed because the series mengangkat wanita from abusive husbands .— Madame Izara (@IzaraAishah) January 11, 2020
Selain Izara, drama berdurasi 90 minit setiap episod ini turut menampilkan Remy Ishak, Uqasha Senrose, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela dan Adam Corrie Lee yang ditayangkan di iflix.You are rude. Popularity over everything is your lifestyle not mine.— Madame Izara (@IzaraAishah) January 11, 2020
Must-Watch Video