Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Didakwa Tak Pakai Topeng Pelitup Muka Di Tempat Awam, Ini Jawapan Tengku Puteri Jihan

Zulaikha Yusof 24/08/2020 | 11:30 MYT
Anak bongsu Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizan 'Athiyatullah menyangkal dakwaan seorang pengguna Twitter yang mendakwa kesemua anakanda baginda tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam.
Menerusi satu bebenang di Twitter, pengguna yang mengguna nama @hahamimizah itu menyatakan kejadian itu berlaku di Pusat Sains Negara (PSN) baru-baru ini.
"Hari tu anak-anak Agong datang Pusat Sains Negara tak pakai mask dan not even one staff tegur.
"One of them je yang pakai, the other siblings datang dengan beg LV diaorang stroll PSN camtu je tak pakai mask hahahaha b***," dakwa pengguna itu.
Walaubagaimanapun, Tengku Puteri Jihan tenang menjawab dan menyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.
"Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu. Dan tiada seorang pun daripada kami memakai beg LV. Tolong jangan buat andaian," tulisnya.
Sementara itu, seorang pengguna lain iaitu @nrlshd_ yang turut sama berada di tempat kejadian memuat naik foto bersama Tengku Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang lain iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang memakai topeng pelitup muka.
"Sis awak okey? Tolong jangan malukan nama PSN. I dengan diaorang kot. Lagi satu, mereka guna Dior bukan LV," tulisnya.
Hasil pemerhatian Gempak, tweet berkenaan telah dipadam dan akaun Twitter itu sudah diletakkan dalam mod peribadi (private).
#Mask #Tengku Puteri Jihan
;