Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Telah Berkahwin, Elizabeth Tan Akhirnya Bersuara! - “Ini Sangat Peribadi, Saya Minta Maaf Kerana…”

Hanafis Haris
21/03/2021 07:52 MYT
Penyanyi, Elizabeth Tan akhirnya tampil menjelaskan dakwaan orang ramai mengatakan dia sudah berkahwin.

Menurut Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, dia memohon maaf sekiranya berita perkahwinannya itu viral sebelum dia sempat mengeluarkan kenyataan.

“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila dah ready. Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja,” katanya.

Jelas Lizzy, perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuknya.

“Lizzy minta maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ni tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama.

“Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” katanya.

Terdahulu Lizzy membuatkan ramai lelaki ‘patah hati’ apabila gambarnya seakan telah berkahwin tular di media sosial.

Gambar itu dimuat naik menerusi satu posting di Facebokk oleh seorang individu bernama David Tan Suan Chew dipercayai bapa kepada Elizabeth Tan.

“Anak sulung saya,” katanya ringkas.

BACA: “Sudah! Aku Nak Merajuk La Macam Ni” - Elizabeth Tan Dah Kahwin? Ramai Makan Hati Weh!

#Kahwin #Viral #Elizabeth Tan #ElizabethTanKahwin
;