Berita
Didakwa Terima Sumbangan RM100,000, Ini Jawapan Ibu Puteri Balqis
Ibu pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Norashikin berkata kepada Harian Metro, dia terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu selain menyifatkan ia fitnah.
“Terlalu banyak fitnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.
“Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.
“Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fitnah kami,” katanya.
Terbaru, timbul pula cerita mengatakan anaknya sengaja menyahaktif akaun Instagram (IG).
Norashikin mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Puteri kecewa dan sedih dengan mesej negeatif yang diterima di IG.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang didakwa itu.
“Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video