Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Tiru Logo Elephant Army, Kieda Crepe Akui Kesilapan, Pulangkan Semula Duit Pembeli - “Aku Tak Pernah Berniaga Curi..”

Umirah Halim
23/07/2024 08:55 MYT
Pempengaruh Kieda Crepe tampil bersuara selepas kecoh isu plagiat rekaan logo kelab Ultras Pahang yang membabitkan perniagaan baju merchandisenya.

Tawar ganti rugi

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Kieda mengakui kesilapan tersebut dan akan menawarkan duit ganti rugi kepada pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”


Selain itu, Kieda turut memaklumkan akan menghasilkan rekaan yang baharu bagi pelanggannya di Pahang.

“Thank you semua yang support. Refund baju semula kepada kami, kami tanggung rugi. Kami tak makan duit haram, kami untung sikit tapi kenangan tu yang besar untuk kami.

“Tapi no worries, amy buat design baru untuk orang Pahang ye?

“Kita mintak orang pulangkan balik semula baju itu dan anda takkan dikenakan duit, kami akan buat design yang baru untuk korang,” kongsinya.

Sementara itu, Kieda turut meluahkan rasa terkilan setelah menerima komen kritikan daripada salah seorang netizen yang memetik nama arwah bapanya.



“Dalam dunia ni mama abah aku dah ajar aku jadi orang yang baik. Cuma aku tersilap guna logo orang .

“Aku takpernah berniaga curi hak orang. Sebab tu aku tak teragak-agak tarik balik semua baju. Jangan la babitkan bapa aku, yang salah tu aku,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?

ARTIKEL BERKAITAN: NCT Dream Terjemah Personaliti Tersendiri Menerusi Koleksi Aksesori Telefon Bimbit ‘Dream Night Chit Chat'



Terdahulu, kecoh di media sosial apabila rekaan baju t-shirt Kieda Crepe dikritik netizen setelah didakwa menggunakan logo kelab Ultras Pahang, Elephant Army tanpa kebenaran.

#Pahang #Ciplak #Tiru #Crepe #Logo #Kieda #elephant army