Diddy Sambut Anak Kedua Di Glasgow, Scotland
Mya Amri
15/05/2017 15:35 MYT
15/05/2017 15:35 MYT
Bekas bintang Akademi Fantasia (AF), Diddy Hirdy menyambut kelahiran cahaya mata keduanya di Glasgow, Scotland pada 12 Mei lalu.
Isteri Diddy, Allen Nor Azah Musa selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06 kilogram di Hospital Queen Elizabeth University, Glasgow, Scotland.
"Alhamdulillah, anak kedua kami dilahirkan pada malam Nisfu Syaaban. Sebak rasanya kerana inilah kali pertama saya melihat sendiri isteri melahirkan anak secara normal.
"Melihat kesakitan dialami isteri membuatkan saya menangis. Saya jadi bertambah sedih saat anak dilahirkan.
"Betapa besar keperitan mereka yang bergelar ibu. Semua itulah yang membuatkan saya bertambah sayang kepada isteri," kata Diddy.
Tambah Diddy, anak pertamanya, Jauza, yang kini berumur enam tahun dilahirkan secara pembedahan.
"Ketika Jauza dilahirkan, saya tidak berpeluang menemani isteri di bilik pembedahan kerana sibuk dengan pementasan teater, Terima Kasih Cinta.
Pengalamannya sangat berbeza ketika menyambut anak kedua ini. Saya jadi begitu teruja.
"Syukur semuanya dipermudahkan. Isteri juga berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun ketika ini kami belum memilih nama untuk si kecil," katanya.
Ketika ini, Diddy menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang muzik di University of Glasgow, Scotland. "Dua tahun lalu, saya pernah melanjutkan pengajian dalam bidang sama pada peringkat sarjana di University of Liverpool, United Kingdom (UK).
"Alhamdulillah, hasrat untuk menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi berjaya direalisasikan apabila saya mendapat tajaan Universiti Utara Malaysia (UUM).
"Ketika ini, saya mengambil cuti daripada tugas sebagai tutor di UUM dan hanya akan kembali menyambungnya apabila tamat pengajian, tiga tahun lagi," katanya.
Sumber: BH Online