Didera Ibu Psiko Dalam I-Tanggang, Adik Aiman Badrul Kongsi Sikap Baik Sherie Merlis
Izwan Isa
06/10/2021 09:50 MYT
06/10/2021 09:50 MYT
Sepanjang tempoh tayangan drama bersiri I-Tanggang yang disiarkan setiap Isnin di Astro Citra, pasti ramai antara penonton yang ‘geram’ dengan watak Erma, lakonan Sherie Merlis.
Masakan tidak, lihat sahaja kerakusan Erma yang ingin mendapatkan perhatian sehingga sanggup mendera anaknya sendiri, Khay. Sungguhpun ia hanyalah lakonan, namun, ramai yang simpati terhadap Khay.
Bagi pelakon cilik, Aiman Badrul, 8, yang membawakan watak Khay ketika zaman kanak-kanak, bergandingan bersama Sherie Merlis merupakan satu pengalaman lakonan yang sangat menyenangkan buat dirinya.
Katanya, selain dilayan dengan begitu baik, Sherie juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai cara berlakon di hadapan kamera.
“Kalau tak shooting (berehat daripada proses penggambaran) auntie Sherie baik sangat layan Aiman, dia pun ajar Aiman cara berlakon.
“Selain itu, Aiman juga membaca skrip dan banyak berlatih. Apabila proses penggambaran bermula, pengarah juga akan memberi panduan kepada Aiman,” kongsi Aiman kepada Gempak.
Ditanya bagaimana dia menghayati watak sebagai Khay iaitu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera ibu sendiri, Aiman berkata, dia sentiasa membayangkan yang dirinya adalah watak tersebut.
“Aiman bayangkan diri Aiman sebagai Khay. Kalau Auntie Sherie marah dan dera Aiman, Aiman pun menangis betul,” katanya lagi.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.