Pada penghujung November lalu, peminat animasi tempatan dikejutkan dengan berita tentang pertukaran hak milik syarikat Digital Durian terhadap siri kanak-kanak popular, Didi & Friends.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Durian Digital iaitu Sinan Ismail, animasi Didi & Friends akan diambil alih oleh sebuah syarikat baharu milik bekas pengasas bersama siri popular berkenaan.
Pada waktu itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menyambung legasi Didi & Friends selepas 10 tahun diterbitkan?
Akhirnya, teka-teki mengenai status ambil alih tersebut terjawab apabila baru-baru ini, Hairul Sofian diumumkan sebagai Pengasas Bersama dan juga Ketua Pengarah Strategi Kreatif Warnakala Studios Sdn Bhd yang bertanggungjawab sebagaii peneraju era baharu bagi Didi & Friends.
“Cabaran Warnakala Studios sememangnya besar, oleh itu kami telah berusaha dengan membuat soal-selidik bersama pihak Astro untuk melihat apa yang peminat mahukan.
“Data-data daripada hasil soal-selidik dan kajian telah banyak membantu dalam strategi penerbitan kandungan Didi & Friends akan datang. Kami juga menjalankan “brainstorming” bersama pihak Astro dan penambahbaikan akan dilaksanakan.
“Hal Ini sememangnya untuk mengekal Didi & Friends sebagai karakter dan animasi yang relevan kepada peminat,” ujar Warnakala Studios dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Warnakala Studios turut meletakkan objektif baharu dalam memperhebatkan lagi kandungan-kandungan Didi & Friends pada masa akan datang.
“Bagi tahun 2022, Warnakala Studios dan Astro telah merancang untuk menghasilkan pelbagai idea-idea baharu dengan objektif untuk memperkembangkan dan memperhebatkan lagi kandungan-kandungan Didi & Friends ini supaya peminat kami akan merasakan aura yang baharu daripada sentuhan Warnakala Studios.
“Warnakala Studios dan Astro menyasarkan untuk mengembangkan sayap Didi & Friends ke negara-negara Asean terutamanya Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Vietnam.
“Kami berharap tahun 2022 adalah tahun bermulanya era baharu untuk Didi & Friends dan semoga Warnakala Studios dan Astro dapat memberikan yang terbaik untuk Didi & Friends. Nantikan kejutan-kejutan dan kolaborasi yang sangat istimewa untuk peminat-peminat Didi & Friends,” kata kenyataan itu lagi.
Izwan Isa
Tue Dec 14 2021


Budi Doremi Tak Gusar Buat Persembahan Di Malaysia - “Hal Yang Kita Tak Tahu, Jadi Serahkan Pada…”
Best konsert Nidji X Budi Doremi.

Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Kadang-kadang lucu juga bila tengok.
![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.