Didi & Friends Menang Anugerah di Asian Television Awards Ke-24
Syafiqah Jalal
13/01/2020 23:40 MYT
13/01/2020 23:40 MYT
Siri popular kanak-kanak, Didi & Friends berjaya memenangi kategori Program Prasekolah Terbaik di Asian Television Awards ke 24 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 10 Januari lalu.
Program muzikal berbentuk ‘edutainment’ itu menewaskan pencalonan lain dari negara China iaitu Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’, dan ‘Shimajirō no Wow!’ Dadi Jepun serta sebuag lagi program terbitan produksi yang sama (Digital Durian), ‘Omar & Hana’.
Naib Presiden GenNext & Perniagaan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Astro sentiasa komited dalam menyajikan pelbagai kandungan menarik yang bersifat santai, berinformasi dan kreatif untuk penonton generasi muda khususnya.
“Kemenangan ‘Didi & Friends’, sebuah siri terbitan Digital Durian dengan kerjasama Astro ini, secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penerbit kandungan utama di Asia.
“Kami berharap, dengan kemenangan ini, ia akan memberi inspirasi kepada pemain industri di luar sana untuk sama-sama berusaha menyediakan hasil kerja terbaik yang bukan sahaja berpotensi untuk merekodkan tanda aras baharu bagi segmen kandungan prasekolah, malahan membantu membentuk satu ekosistem selamat untuk tontonan kanak-kanak.
“Ia juga membuktikan bahawa hiburan seumpama ini seimbang dari aspek pembelajaran dan keseronokan,” katanya kepada Astro Gempak.
Anugerah itu diwakili pelawak Zizan Razak yang berada di sana menghadiri anugerah tersebut.
Asian Television Awards merupakan majlis penyampaian anugerah yang mengiktiraf program-program dan produksi bagi industri televisyen.
Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah ini dan senarai pemenang, layari https://www.asiantvawards.c