Laman Utama

Didi & Friends The Movie Berjaya Kutip RM1.1 Juta Dalam Masa 2 Hari Tayangan!

Syafiqah Jalal
25/02/2023
16:30 MYT
Filem animasi terkenal negara, Didi & Friends The Movie berjaya meraih kutipan RM1.1 juta dalam masa dua hari tayangan.
Didi & Friends The Movie itu mendapat sambutan positif sejak ia ditayangakan di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Februari lalu.
Menariknya filem animasi yang berdurasi filem 104 minit itu penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip.
Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee),Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).
Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.
Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.
Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam- pawagam berhampiran hari ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wang Dalam Akaun Hilang Babitkan Kerugian RM24.2 Juta, Polis Tahan Kakitangan Bank

gempak
18/06/2024
06:24 MYT
Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Terkini

Empat Pelajar Malaysia Berjaya Lanjut Pelajaran di Harvard

gempak
08/04/2024
10:00 MYT
Empat pelajar Malaysia berjaya diterima masuk bagi melanjutkan pengajian di Kolej Harvard, institut pengajian sarjana muda Universiti Harvard yang berprestij, sebagai antara kumpulan graduan 2028.
Drama

i.D Berjaya Buat Netizen Tak Senang Duduk - "Cerita Ni Tense Betul, Takda Seminit Pun Yang Rileks"

gempak
02/04/2024
15:00 MYT
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47, i.D Swipe, Steal, Love berjaya memukau ramai penonton.
Laman Utama

Aliff Syukri Tuntut Bekas Menteri Bayar Hutangnya Puluhan Juta Ringgit – “Saya Tak Nak Cerita Perkara Sebenar, Nanti Malu Keluarga Tan Sri”

gempak
03/07/2023
05:48 MYT
Aliff Syukri kata jika dedah perkara sebenar bakal memalukan Tan Sri itu
Laman Utama

“Yes Aku Salah Seorang Yang Pergi Tengok Walaupun Umur Dah 22 Tahun!”- Didi & Friends The Movie Kini Sudah Kutip RM5 Juta!

gempak
06/03/2023
09:37 MYT
Didi & Friends The Movie Kini Sudah Kutip RM5 Juta!