SUKAN
Diego Paez Akui Johan Ghazali Petarung Berbakat Tapi…
Jaguh Muay Thai Antarabangsa, Diego Paez berpendapat, seterunya iaitu Johan Ghazali bertarung dalam keadaan yang terlalu yakin.
Jelas Diego, Johan atau lebih mesra dengan panggilan Jojo dilihat kurang memberi tumpuan penuh terhadap perlawanan itu.
“Untuk perlawan ini mungkin dia (Johan) sedikit memandang rendah kepada saya. Boleh katakan dia berlawan dalam keadaan penuh dengan ego dan terlalu yakin.
“Sebab itu setiap kali sebelum perlawanan saya selalu nasihatkan pesaing untuk memberikan sepenuh fokus kepada apa yang sedang berlaku dan bukannya fokus terhadap apa yang berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Diego akui Johan merupakan seorang pesaing yang bagus dan mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan Muay Thai.
“Dia merupakan pesaing yang sangat bagus dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini. Dia seorang petarung yang bagus dan mempunyai pasukan yang bagus disekelilingnya.
“Meskipun Johan tewas, saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya dan semoga dia bangkit semula daripada kekalahan ini,” ujarnya.
Terdahulu, petarung Muay Thai Negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali tewas buat kali kedua terhadap petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee.
Must-Watch Video