Viral

Diejek Muka Berkurap & Kurus Seperti Mumia, Wanita Ini Santau Pembuli - “Aku Gembira Melihat Dia Menderita”

gempak
Gempak
29/02/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Diejek Muka Berkurap & Kurus Seperti Mumia, Wanita Ini Santau Pembuli - “Aku Gembira Melihat Dia Menderita”
Seorang wanita mengakui sanggup menggunakan ilmu hitam demi melihat individu yang membulinya ketika zaman belajar menderita lalu mati.
Menerusi laman pengakuan NGL, individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang wanita itu berkata, antara hal yang pernah dilalui termasuklah diejek bermuka kurap dan bertubuh kurus seperti mumia.
“Aku bersabar aku berdiam dan yang buat aku sakit classmate aku sendiri tak backup aku. Apa yang aku kena dorang buat bodoh je. Tiap kali bila jumpa dalam hati aku akan cakap mengkeji dan mendoakan Farid mati kena langgar kereta.
“Aku mendoakan dia macam-macam min sebab sampai sekarang aku benci dia sampai mati. Pendekkan cerita aku jumpa bomoh dan santau lelaki yang aku benci sehingga sekarang. Menjadi min dan terbalas dendam aku,” akuinya. Dalam masa sama, wanita itu memberitahu keadaan pembulinya ketika zaman belajar semakin tidak terurus gara-gara santau yang dihantar.
“Tiap hari aku terima dalam Whatsapp group class aku dia menderita sakit dan badan dia semakin susut. Aku gembira melihat dia menderita min,” katanya.
Namun, di sebalik santau yang dihantar, wanita tersebut turut diganggu oleh sesuatu setiap kali tibanya waktu senja.
“Hujung tahun lepas aku berkahwin. Hidup aku lebih bahagia bersama suami, dulu kena keji hari ni dipuja suami dengan kecantikan aku.
“Cuma aku penat sebab benda tu pon ada ganggu aku juga min. Tiap senja mesti kena ganggu. Suami aku tak kena tapi aku yang kena ganggu.
“Aku sedar aku berdosa dengan Tuhan tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima apa yang aku terima. Dendam aku belum habis selagi dia belum mati,” katanya sambil berharap agar suaminya tidak mengetahui mengenai rahsia hitamnya itu.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Umie Aida Lebih Fokus Majlis Ilmu - “Alhamdulillah, Saya Makin Seronok”

BERITA TRENDING: Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Suami, Ustazah Norhafizah; "Saya Bukan Buat Lawak Lucah, Itu Untuk…

BERITA TRENDING: Seram Sejuk Faizal Hussein 'Jadi' Pengamal Ilmu Hitam - "Masa Kecil-Kecil Dulu Pernah Dengar Cerita..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024