Diekori Lelaki Kereta Mewah, Syura Terima Panggilan Misteri & Jambangan Bunga Selama 2 Minggu
Amri Hassan
24/04/2018 04:59 MYT
24/04/2018 04:59 MYT
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron mendedahkan dia pernah diekori oleh individu tidak dikenali selama beberapa minggu.
Sampaikan dia sendiri terkejut apabila setiap hari menerima sejambak bunga yang diletakkan di atas kereta di hadapan kediamannya.
"Saya memang terkejut dan takut apabila hampir setiap hari selama dua minggu saya menerima jambangan bunga atas kereta saya.
"Tak cukup dengan itu saya mendapat panggilan misteri tanpa nombor yang mengikut saya kemana sahaja saya pergi.
"Pernah sekali saya terangkat panggilan dia dan katanya dia tahu di mana saya berada," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut semakan menerusi kamera litar tertutup di kawasan kediamannya, Syura mendapati individu yang meletakkan bunga di atas keretanya merupakan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta mewah.
Malah, kenderaan itu pernah mengekori Syura di belakang hingga penyanyi yang terkenal dengan lagu Bakawali itu mendapatkan pertolongan daripada pengurusnya.
Syura bagaimanapun tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan gangguan itu semakin berkurangan.
Penyanyi yang bergelar ibu tunggal sejak Ogos 2015 itu menetap bersama ketiga-tiga anaknya, Nurul Dania Irdani, 11, Nurul Qaisara Sofia, 9, dan Muhammad Irfan Aryan, 7.
Dalam perkembangan lain, Syura telah melancarkan koleksi hijab berkolaborasi dengan jenama fesyen Bonasera X Haya International baru-baru ini.
Malah, penyanyi itu bakal muncul menerusi single terbaharu berjudul Ego yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syurabadron