Laman Utama
Difitnah Datang PPV Hanya Bergambar, Daiyan Trisha Terpaksa Bersuara! - “Janganlah Sebar Benci & Sakit Kepada Orang”
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha meluahkan rasa kecewanya apabila ada yang tidak senang dengan usahanya menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) baru-baru ini.
Isu tersebut tercetus apabila ada seorang individu yang mendakwa kebanyakan sukarelawan dalam kalangan selebriti hanya datang bergambar semata-mata.
“Mereka datang hanya untuk gambar, jadi sukarelawan 15 minit lepas tu balik,” kata individu berkenaan menerusi satu posting di Twitter.
Malah, menerusi perbualan di posting tersebut, nama Daiyan Trisha turut disebut-sebut.
Perkara itu sekali gus mencetuskan rasa tidak senang khususnya buat Daiyan.
Menurut Daiyan, individu itu juga telah melanggar etika anda sebagai seorang sukarelawan.
“Dalam masa yang sensitif seperti ini, janganlah kita menyebarkan benci dan sakit kepada orang lain. ia tidak membantu.
“Pada awalnya saya tidak mahu respon because at the end of the day, ini tidak sepatutnya menjadi sebuah isu. Tapi bila penipuan jadi sesuatu ‘kebenaran’ buat sesetengah pihak, saya terpaksa pertahankan. nobody deserves to be defamed ,terutama apabila mereka hanya ingin membantu,” katanya.
Tambahnya, biarlah orang yang ingin membantu, terus membantu.
“Jangan takutkan orang yang punya niat baik. asalkan orang yang perlu ditolong, dapat pertolongan, bukankah itu yang paling penting?
“Saya harap semua boleh belajar daripada isu ini dan move foward. Pengajaran untuk semua supaya jangan sebarkan fitnah. fitnah itu lebih... ah, kalian tau lah.
“Terima kasih. Assalamualaikum,” katanya.
Difahamkan, individu tersebut telah membuat permohonan maaf dan memadam posting tersebut setelah ‘Tweet’ berkenaan viral dan menjadi perdebatan hangat netizen.
Anda boleh lihat perkongsian Daiyan di bawah.