Difitnah Di Laman Sosial, Waris Buat Laporan Polis

Syafiqah Jalal
Disember 22, 2017 05:10 MYT
Penyanyi Rap yang terkenal dengan loghat Negeri Sembilan, Waris membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya difitnah mengeluarkan kenyataan di media sosial, Instagram (IG).
Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias menerusi akaun IGnya memberitahu ada pihak yang menyebarkan fitnah tanpa usul periksa sehingga menjatuhkan reputasinya.
Laporan polis dibuat supaya pihak tidak bertanggungjawab itu bakal dikenakan tindakan dan dibawa ke muka pengadilan.
"Sey dah buek repot polis berkaitan fitnah di media sosial yang dibuek oleh akaun yang tak bertanggungjawab.
Yang menyebarkan tanpo usul perikso pun akan kono.Satu-satu akan di peteng. Untuk sebarang tindakan.
Biarlah pihak berkuaso buek siasatan dan dibawo ko muko pengadilan.Terimo kasih IPD Seremban"
Menerusi entri terdahulu, Waris memuat naik foto paparan skrin yang mendakwanya menulis komen di akaun @malaysiarising, dengan mengeluarkan kata-kata agak kasar terhadap muzik 'underground'.
Perkara itu secara tidak langsung menguris hati penggiat muzik 'underground' yang rata-rata menyifatkan dia sudah lupa diri.
Waris kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban semalam.
#Penyanyi #Waris #Penyanyi #Laporan Polis #Dokek Bro