Laman Utama
Difitnah Masih Hisap Dadah, Ameng Spring Buat Laporan Polis Terhadap Dua Pemilik Akaun Facebook
Vokalis kumpulan Spring, Ameng membuat laporan polis terhadap dua pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa melemparkan fitnah terhadap dirinya.
Ameng berkata, kedua-dua individu terbabit menuduh dirinya masih terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tuduhan tersebut telah dilemparkan terhadap Ameng ketika sedang membuat persembahan AVOL Legend Artiste secara maya menerusi FB live, Sabtu lalu.
“Saya membuat laporan polis terhadap dua individu terbabit kerana telah memfitnah dan cuba menjatuhkan nama baik saya di media sosial.
“Kepada pemilik akaun Aduka Sufi dan Compa Kia, saya telah membuat laporan polis tentang anda kerana mengaib dan memfitnah saya,” katanya.
Ameng telah berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya semalam (Ahad).
Terdahulu, menerusi sebuah lagi hantaran Ameng telah meluahkan rasa kesal terhadap individu yang berfikiran negatif.
“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya kata-kata saya ini menyinggung perasaan sesetengah pihak.
“Semalam (Sabtu), ketika saya sedang membuat persembahan AVOL, ada pihak telah meninggalkan komen negatif dengan mengatakan saya masih hisap dadah.
“Saya rasa orang-orang berfikiran negatif macam ni elok pergi mati je lah!,” katanya kesal.
Sementara itu di ruangan komen kedua-dua hantaran yang dimuat naik, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat dan menyokong tindakan Ameng membuat laporan polis.
“Tindakan dia buat report ni untuk lindung diri dia juga, nama dan keluarga dia. Orang dah berjuang untuk melawan dan berubah yang tukang fitnah ni sesuka hati je judge dia based on his past.
“Kalau dia tak buat report, nanti dia juga kena. Moga Allah permudahkan urusan abang Ameng,” komen seorang pengikut.
“Pengajaran buat pembuli-pembuli di media sosial yang sesuka hati dok kecam dan hentam orang lain...Good job Ameng!,” kata pengikut yang lain.
Must-Watch Video