Pelawak dan pelakon Vicha terkilan apabila dirinya menjadi mangsa fitnah netizen berkenaan dengan produk menguruskan berat badan.

Menerusi beberapa posting terbaharu di akaun Instagramnya, Vicha memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

Kata Vicha, dia tidak pernah menafikan dirinya menjalani pembedahan pintasan usus (bariatric) seperti dakwaan netizen.

“Saya hanya kongsi #vichaweightlossjourney saya, terpulang korang nak guna produk apa pun, yang penting saya tak ada nak TIPU korang semua.

“Perjalanan saya semua ada dekat IG dari mula pembedahan sampai naik balik sampai turun balik jadi be smart guys.

“Yang jahat ni adalah bila kau buat pembedahan senyap-senyap lepas itu kau keluarkan produk dan claim yang kau kurus sebab produk tu. Itu serius jahat gila doh, kau tipu masyarakat untuk beli produk kau tapi nyatanya kau buat pembedahan.

“Jadi yang tengah ada masa boleh tengok perjalanan-perjalanan saya dari awal sampai sekarang okay.

“Yang penting @dr.mustafamt adalah doktor terbaik yang selamatkan hidup saya dari kencing manis kalau tak buat #gastricbypass pasti sekarang saya dah guna insulin.

“Terima kasih anda semua yang faham dan terika kasih juga untuk yang berfikiran negatif. Biarlah saya dengan Allah sahaja yang tahu macam mana perjalanan saya #vichagoesto99kg #vichaweightlossjourney,” coretnya.

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie)


Tambah Vicha lagi, selepas ini dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap tuduhan melampau yang menjejaskan reputasi dirinya.

“Pandai kau dah block aku lepas tu kau komen dekat IG @dr.mustafamt, sebelum ni aku diamkan dulu tapi sekarang kau memang dah melampau fitnah aku macam-macam
.
“Tolong bagi bukti yang I pernah bersumpah dekat siapa-siapa yang I pernah cakap tak buat pembedahan.

“Di sebabkan hari itu aku tak ambil tindakan sebab kesian sekarang kau buat hal lagi, jadi sekarang saya akan ambil tindakan dan tak ada kata maaf untuk sekarang ni.

“Kau tengok saja apa yang kau buat kau akan bayar semua fitnah-fitnah kau,” tulisnya.

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie)


Untuk info, Vicha berkongsi perjalanan penurunan berat badannya di akaun Instagram dengan hashtag #vichaweightlossjourney.