“Difitnah Pun Adalah Salah Satu…” - Fizo Omar
Asyikin Mayudin
02/02/2023 23:55 MYT
02/02/2023 23:55 MYT
Pelakon Fizo Omar melahirkan rasa syukur atas kurniaan Allah yang memberikan rezeki dari segi kesihatan dan kebahagiaan dalam keluarga kecilnya.
Malah Fizo juga menganggap segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya juga merupakan satu rezeki dan ujian untuk dirinya menjadi lebih kuat.
“Keluarga kecil dengan kebahagiaan yang besar. Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan daripada Allah. Semoga Allah berikan ketenangan buat semua.
“Nota kaki : rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” kata Fizo.
Rata-rata netizen turut mengaitkan nama bekas isteri kepada pelakon itu iaitu usahawan terkenal Mawar Karim yang membuat naik kenyataan di laman sosial sebelum ini.
“Bila tengok balik si Mawar tu yang cuba ungkit semua kisah. Cemburu perempuan tak pernah habis kan? Moga Mawar dapat jodoh yang baru membahagiakan dia sebab abang Joe pun dah dapat Faz yang baik.
“Heran juga aku belah sana duk cakap duit asyik lesap… tengok abang joe sekarang ni hidup mewah saja walau dah tak bersama dengan belah sana. Bertabah la abang Joe,” komen netizen.
Terdahulu, Mawar Karim berkongsi paparan skrin komen netizen yang mempertikaikan penampilannya sekarang tidak lagi secantik ketika menjadi isteri kepada aktor Fizo Omar.
Tidak menyebut nama mana-mana pihak, Mawar turut melahirkan rasa syukur kerana kehidupannya kini lebih tenang memandangkan duitnya tidak lagi lesap.
Untuk rekod, Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.