Hiburan

Diganggu 1000 Missed Calls, Fasha Sandha Enggan Komen

gempak
Kamaruddin Razal
21/03/2017
13:23 MYT
Sponsor Banner
Diganggu 1000 Missed Calls, Fasha Sandha Enggan Komen
Sebelum ini, aktres Fasha Sandha mendedahkan privasinya diganggu oleh hampir seribu missed calls, beribu mesej dan rakaman suara oleh seseorang.
Pelakon filem Berlari Ke Langit ini mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Bertemu dengan wanita berusia 32 tahun ini, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Maaf, saya tak mahu memberikan sebarang komen berkenaan isu itu. Bagi saya, masanya masih belum sesuai.
"Namun begitu, ingin saya jelaskan apa yang saya lakukan, saya sudah fikir masak-masak dan telah memikirkan juga kesannya," kata Fasha ketika ditemui di majlis pelancaran dan memperkenalkan duta produk kosmetik Lerve di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Ketika ditanya kewajarannya berkongsi rasa di laman Instagram, Fasha mengakui dia juga sama seperti orang lain yang menggunakan laman sosial.
"Ada ketika saya rasa gembira, ada juga saatnya saya rasa sedih. Saya seperti orang lain, berkongsi di laman Instagram sendiri. Terpulang kepada individu untuk menafsirkannya. Laman sosial jadi tempat untuk saya berkongsi rasa.
"Saya pun menulis secara umum, tak tujukan kepada sesiapa dan saya tak akan padam apa yang telah saya muat naik. Saya mengharapkan apa yang berlaku akan selesai dengan baik," katanya lagi.
Fasha bersama aktor Fahrin Ahmad dilantik sebagai duta bagi rangkaian kosmetik jenama Lerve.
"Sebelum bersetuju, saya telah terlebih dahulu mencuba Lerve Matte Lip Cream. Saya mengambil masa untuk bersetuju kerana saya tak mahu berbohong dengan peminat. Saya hanya memilih produk yang berkualiti sahaja," katanya lagi.
Untuk lebih informasi mengenai produk tersebut, layari laman Instagram @lerve_cosmetics.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live