Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Digelar Artis Gred A, Fasha Sandha Tak Pernah Lewat Ke Lokasi Shooting - "Sepanjang 16 Tahun, Saya ..."

Izwan Isa
18/01/2022 01:50 MYT
Pejam celik, sudah 16 tahun pelakon Fasha Sandha mengemudi kariernya sebagai anak seni. Sepanjang tempoh itu, pelbagai watak sudah digalas dan ternyata, Fasha kini merupakan selebriti yang berada dalam kelas tersendiri.

Mengenali Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 38, disiplinnya yang tinggi dalam menguruskan masa merupakan antara sebab dia masih lagi bertahan sebagai antara aktres gred A dalam kalangan peminat di Malaysia.

Bayangkan, sepanjang memulakan karier dan mencari rezeki dalam industri lakonan, tidak pernah sekalipun isteri kepada dramatis Aidil Aziz itu terlewat tiba ke set penggambaran.



“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat walaupun sekali sepanjang 16 tahun berkarier. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan kerja bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.

“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan bangun awal,” katanya kepada Gempak.

Fasha ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta atau pengguna setia produk kesihatan Gebu Glow di ibu kota semalam.

Menurut Fasha, dia juga cuba menurunkan tabiat positif itu kepada adiknya, Elisya Sandha yang juga seorang pelakon.

“Saya selalu nasihatkan adik saya supaya sentiasa menjaga disiplin sebab kalau apa-apa berlaku, nama saya juga yang akan terjejas.

“Saya juga tegaskan kepada Elisya supaya tidak berlagak diva di set penggambaran dan sentiasa baik dengan kru. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah mereka makan. Hal ini bukan sahaja memudahkan kerja, malah ia merupakan resipi untuk disenangi oleh orang di sekeliling,” katanya lagi.



Bercerita mengenai pelantikannya sebagai pengguna setia Gebu Glow, Fasha berkata, dia tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima tawaran membuat ulasan produk.

"Macam jodoh saya dengan produk vitamin C ini pun bermula ketika menjayakan kempen tiga bulan sejak Oktober tahun lalu untuk mencuba dan merasai keberkesanannya.

"Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya," katanya.

Tambah Fasha, dia tersentuh hati melihat kesusahan dan pergelutan dilalui pengasas produk berkenaan hingga mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya untuk sama sama menjana pendapatan sebagai agen.

"Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.

"Pengasas Gebu Glow ingin bantu golongan itu bangkit dan berjaya. Saya menyokong seratus peratus aspirasi dan semangat murni itu. Modal nak jadi agen pun semurah RM299. Istimewanya dihadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.

"Hanya 25000 kotak saja dikeluarkan. Satu kotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss," katanya.
#Fasha Sandha #Elisya Sandha #Awal #Disiplin #Lewat
;