HIBURAN

Digelar ‘Bengap’ Lepas Kongsi Foto Bertudung Ke Kelas Mengaji, Shiha Zikir Balas - “Boleh Nak Tegur, Tapi Ni Ke Cara Yang Betul”

Mya Amri 20/08/2025 | 11:55 MYT
Penyanyi, Shiha Zikir tampil memberi respon terhadap komen seorang netizen yang dianggap biadap ketika memberikan teguran kepadanya dengan bahasa kurang sopan.

Digelar bengap hanya kerana gambar bertudung

Perkara itu berlaku selepas Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir memuat naik beberapa foto diakaun Thread baru-baru ini.

Foto-foto itu merakamkan Shiha yang kelihatan sopan memakai hijab dan jubah hitam sedang tersenyum manis ketika mengikuti kelas mengaji.

Ilmu tidak mengenal usia. Jangan pernah berhenti belajar,” coretnya.

Di sebalik ramai yang memuji usaha Shiha ke arah kebaikan namun salah seorang netizen mendapat perhatian selepas meninggalkan komen negatif dengan menggelar dirinya sebagai ‘bengap’.

Gelaran itu diberikan hanya kerana ‘profile picture’ penyanyi ini masih berada dalam keadaan tidak menutup aurat, namun memuat naik foto yang bertudung.

“Boleh tahan bengap hang ni. Yang DP tak tutup aurat. Yang photo tutup aurat pulak,” komennya.

Boleh tegur, tapi jangan biadap

Tidak berdiam diri, Shiha kemudiannya memberikan komen balas kepada netizen berkenaan.

Shiha menegaskan bahawa cara dan adab semasa menyampaikan pandangan perlu dijaga.

“Dah mai dah geng geng macam ni dekat thread. Boleh nak tegur, tapi lagu ni ke cara yang betul? Harap tak koyak lah kalau orang lain pula bengapkan awak,” balasnya.

Dalam pada itu, Shiha berkata, dia tidak menolak sebarang bentuk teguran namun menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dalam pemilihan kata-kata yang digunakan selain menghormati orang lain ketika memberi pandangan.

“By the way, saya tak ada cakap yang tak boleh ditegur ya. Tapi saya tegur pasal adab menegur dan bahasa yang dikeluarkan. Harap maklum dan fahm. Doakan sahaja yang baik baik untuk semua orang,” jelasnya.

Berikur merupakan perkongsian Shiha:

#Netizen #Shiha Zikir #Adab #Tegur #Biadap #Bengap