Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Digelar 'Gold Digger' Dengan Netizen, Ini Jawapan Intan Najuwa.. Padu!

Zulaikha Yusof
20/06/2020 02:38 MYT
Aktres Intan Najuwa, 23, tampil menjawab dakwaan netizen yang menyatakan dia hanya memilih untuk mengenali lelaki yang kaya dengan wang ringgit.

Nama Intan menjadi tumpuan warganet selepas menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, yang juga merupakan bekas tunangnya.

BACA: "Nampak Macam Kereta Lamborghini ..." - Muat Naik Foto Sandar Di Bahu Lelaki, Netizen Dakwa Intan Najuwa & Bekas Tunang Kembali Bersama

BACA: Tak 'Declare' Kembali Bersama, Intan Najuwa & Bekas Tunang Tak Pernah Gaduh - "Kalau Cakap Orang Anggap Kami Macam Budak-Budak"

Intan menjawab soalan tersebut di Instagram (IG) menerusi ruangan soalan 'ask me a question'.

"Apa pendapat awak bila orang cakap awak gold digger nak lelaki kaya je," tanya seorang netizen.

Menjawab soalan terbabit, pelakon drama Hantu Punya Bos itu memberikan jawapan yang sangat matang!

"Konsepnya mudah. Awak takde duit, lelaki yang berduit pun taknak kat awak. Depa tak pandang pun.

"Awak pemalas jadi elok la dapat lelaki pemalas juga. Jangan berangan.

"Sebab tu bila ada orang cakap saya golddigger, saya ketawa je," kata Intan.



Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai.

BACA: "Biar Dia Jalani Hidup Tanpa Gangguan" - Intan Najuwa Putus Tunang

Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.

#Intan Najuwa #Duit #Gold Digger
;