HIBURAN
Digelar 'Pig', Ibu Anna Jobling Balas Komen Kasar Netizen - "You Species Apa Pula?"
Ibu kepada selebriti Anna Jobling, Ariz Ayop tampil memberikan reaksi balas selepas dirinya dipanggil 'pig' oleh seorang pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Story @mamajobling, Ariz memaparkan semula komen netizen yang mendakwa dirinya 'berkelakuan seperti pig' dan mempertahankan Anna.
Individu berkenaan juga menulis bahawa Anna hanya meminta penjarakan selagi ibunya tidak mahu berubah.
Tidak berdiam diri, Mama Jobling membalas sindiran tersebut dengan menyifatkan komen sebegitu keterlaluan serta tidak wajar.
“Suka hati u jelah nak panggil I pig. Kalau I pig, mean anak I tu piglet lah ye? So u species apa pulak?” tulisnya.
Ariz turut menegaskan bahawa netizen berkenaan tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku, tetapi berani membuat tuduhan melulu.
“U pun seorang yang rude, cerita sebenar pun u tak tau. U tau ke apa reason sebenar dia nak penjarakkan? Jaga tepi kain sendiri, cakap guna fakta, jangan melulu. Takut makan diri sendiri. Takut satu hari nanti u pun jadi pig jugak,” katanya lagi.
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.

.jpg)