Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Digelar ‘Playgirl’ Sebab Asyik Bertukar Kekasih, Yazmin Aziz ; “Saya Percaya Kenapa Nak Tahan Orang Yang…”

Asyikin Mayudin
29/09/2023 04:55 MYT
Penyanyi Yazmin Aziz mengakui dia kerap menerima komen yang mengatakan dirinya seorang ‘playgirl’ disebabkan asyik bertukar teman lelaki.

Menurut Yazmin, komen tersebut sedikit sebanyak telah menggores hati kekasihnya kini iaitu seorang atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.

Bagaimanapun bintang Big Stage musim 4 ini berpendapat tiada guna untuk bertahan dengan seseorang yang sememangnya tidak sesuai dengan dirinya.

“Saya asyik dapat komen yang saya ini asyik tukar boyfriend. Sudah tentu, saya berada di tempat boyfriend saya kan mesti rasa sedih dan kecil hati.

“Apa-apa pun, saya percaya kenapa nak tahan orang yang tak sesuai dengan kita. Baik kita pergi dan teruskan hidup kan. Kami hanya sabar dan reda,” kata Yazmin.

Yazmin berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian itu juga, Yazmin memberitahu dia sudah merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiran cinta hatinya di Hong Kong.

Untuk info, Yazmin pernah bercinta dengan pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme namun hubungan cinta itu hanya bertahan sekejap sahaja.

BACA SINI: Sambut Hari Jadi, Netizen Tak Sangka Umur Yazmin Aziz Rupa-Rupanya...! - "Muka Matang Sangat"


#Yazmin Aziz #Yazmin kekasih #Austin Veloso
;