Pempengaruh dan usahawan, Azfar Heri yang kini berada di Paris, Perancis berkongsi momen-momen menarik ketika berada di sana.

Menerusi kemas kini di Instagram, Azfar dilihat melawat ke beberapa lokasi menarik, selain mengunjungi beberapa kafe di sana.

Terbaharu, di platform Twitter, Azfar memuat naik beberapa keping gambar dan sepotong video bersama pelakon Intan Najuwa.



Menerusi perkongsian tersebut, Azfar menulis: “Hot chocolate date with Intan,” tulisnya.

Perkongsian Azfar itu menarik perhatian netizen, yang rata-rata memberikan maklum balas positif.

Namun, masih ada yang memberikan komen mengenai penampilan Azfar.



“Still look like someone from Kampung Wan Deris even though you’re at Paris,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, Azfar dilihat tidak melenting, malas memberikan jawapan balik kepada ciapan berkenaan.

“Hahahahaha yassssssss I love it! Saya orang kampung enjoy minum hot chocolate di Paris,” katanya.