Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Digosip Lakukan Pembedahan Plastik, Zac Efron Jelaskan Sebab Dagunya Melebar

Maliah Surip
08/09/2022 14:00 MYT
Bintang Hollywood, Zac Efron akhirnya menjawab spekulasi tentang perubahan wajah, terutama pada bahagian dagunya yang dikatakan telah menjalani pembedahan plastik.

Gosip mengenai Efron menjalani pembedahan plastik pada bahagian dagu dan rahangnya mula menjadi bualan sejak tahun lalu.

Namun hanya pada tahun ini, menerusi temubual bersama majalah Men’s Health untuk edisi Oktober, pelakon berusia 34 tahun itu mendedahkan kisah sebenar di sebalik perubahan wajahnya.

Efron mendakwa dia telah jatuh dengan sangat teruk semasa berlari sambil memakai stokin di rumah. Dia telah jatuh dengan dagunya terhantuk kepada batu granit air terjun yang menyebabkan rahangnya mengalami cedera teruk.

Dia malah tidak sedar rahangnya patah selepas insiden terjatuh itu.

Akibat kejadian tersebut dia mengalami kecederaan yang serius pada bahagian dagu dan rahangnya.

“Ini (kemalangan) yang membuatkan perubahan besar terjadi (pada bahagian dagu),” katanya.

Pemuda yang mula dikenali lewat siri The High School Musical itu bagaimanapun tidak menjelaskan adakah dirinya benar benar melakukan pembedahan plastik selepas kemalangan yang berlaku.

Sebaliknya, Efron hanya mengatakan dia menjalani proses fisioterapi.

“Dan sejak itu otot pada rahang saya menjadi sangat besar,” dakwanya.

Pada masa sama, bintang Baywatch ini juga mengatakan tidak menyedari dirinya menjadi buah mulut di media sosial mengenai perubahan wajah termasuk gosip melakukan pembedahan plastik.

“Demi menjaga kesihatan mental, saya memang tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi di media sosial sehingga ibu menelefon dan bertanya adakah saya benar benar melakukan pembedahan plastik?”, katanya.
#Gossip #Hollywood #Zac Efron
;