Digosipkan Sedang Berkawan Rapat Dengan Amir Ahnaf, Alicia Amin ; “Yang Saya Pernah Jumpa…”
Asyikin Mayudin
15/05/2023 02:50 MYT
15/05/2023 02:50 MYT
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama model dan pelakon cantik Alicia Amin dikatakan sedang berkawan rapat dengan aktor yang sedang meningkat naik iaitu Amir Ahnaf.
Alicia berkata dia tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan pelakon drama siri popular Projek : High Council itu namun hanya bertemu dengan rakan aktor tersebut seperti Mierul Aiman dan Nadhir Nasar.
“Saya tidak pernah bercakap dengan Amir pun. Gossip itu tidak benar sama sekali.
“Malah, saya tidak pernah pun berjumpa dengan dia. Yang saya pernah jumpa kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nasar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Alicia terkejut apabila diumumkan sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa hasil gandingan bersama Syazuwan Hassan.
“Saya rasa masih tak popular sebab bila becerita tentang populariti seseorang artis itu perlu rajin buat posting, minta peminat undi. Macam kempen untuk pilihan raya.
“Saya tiada perkara itu sebabnya saya sekarang ini lebih fokus dengan kerja-kerja peribadi yang sedang dilakukan.
“Sekiranya saya ada masa pun, mungkin saya tidak akan dapat raih undi yang banyak sama dengan artis-artis, itu yang saya maksudkan dengan pertandingan populariti,” ujarnya.