Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dihalang Isi Minyak Kereta, Shakilla Khoriri Bengang Dituduh Warganegara Singapura Hanya Kerana No Plat Kereta - “Kereta Besar Otak Kosong”

Asyraf Roslan
06/11/2024 05:55 MYT
Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang mendakwanya adalah warganegara Singapura ketika mahu menuang minyak di sebuah stesen minyak.

Menurut Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri individu tersebut telah memanggil pekerja stesen minyak berkenaan dan memberitahu jangan izinkan dia untuk mengisi minyak di stesen tersebut.

“Aku ni memang ada isu dengan orang yang suka rasa diri tu paling betul dan bijak pandai. Mencari salah orang tapi sebenarnya diri sendiri pun tin kosong.

“This morning (Selasa) lepas hantar Ameena sekolah saya berhenti isi petrol dekat Denai Alam dan alam betul saya tunggu sorang mamat ni isi minyak.

“Sampai lah satu kereta depan dia dah settled aku pergi kedepan. Dia pandang aku dari jauh dan sebelum dia pergi dia panggil staff (warga bangladesh) bagitahu jangan bagi aku isi minyak sebab aku orang Singapura,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Momen itu membuatkan aktres berusia 34 tahun itu berang kerana individu tersebut telah menuduhnya bukan warganegara.

Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Takdir Itu Milik Aku itu menjelaskan bahawa keretanya itu bukan nombot plat negara jiran.

“Staff pun datang cakap, saya tak boleh isi minyak dekat sini sebab lelaki berkenaan kata saya bukan orang Malaysia.


“Bukan ke nampak bodoh,kereta besar otak kosong. Sebelum nak tegur orang pastikan dulu ada ilmu. Tak pasal pagi-pagi nampak bodoh.


“Ke tak pernah pergi Sabah Serawak?, Plat SK ni singapore ke?.


“Family siapa dia ni ? Kutip dan hantar sekolah sekali dengan Ameena please,” ujar Shakilla.
#Singapura #Shakilla Khoriri #Minyak Kereta #Plat Kereta
;