Hiburan
Dihalang Masuk Pasar Raya...Dr Say Perjelas Keperluan Sebenar Pemakaian Topeng Muka
Doktor selebriti, Shazril Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Dr Say menceritakan pengalamannya yang tidak dibenarkan masuk ke sebuah
pasaraya kerana tidak memakai topeng muka.
Perkara itu dikongsi Dr Say menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Dr Say, dia berasa terpanggil untuk menjelaskan syarat sebenar pemakaian topeng muka ketika dunia sedang dilanda pandemik COVID-19.
"Tergerak hati saya nak buat topik ini atas dua sebab, sebab pertama, saya tidak dibenarkan masuk ke sebuah pasaraya di Cyberjaya untuk membeli groceries sebab tak pakai mask.
"Kedua, saya tengok makin berleluasa penjualan mask berharga Yahudi, sekotak 25 mask harganya sampai RM80 kiranya satu mask tu melebihi had yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Dr Say juga menyenaraikan syarat dan golongan yang sepatunya memakai topeng muka yang terdiri daripada petugas kesihatan yang mengendali pesakit, petugas barisan hadapan (polis, tentera), golongan menjaga individu bergejala dan mereka yang mempunyai gejala seperti batuk dan selesema.
Dr Say juga menyarankan orang ramai untuk mengamalkan penjarakkan sosial kerana ia memainkan peranan penting dalam mencegah jangkita COVID-19 meskipun tidak memakai topeng muka.
Selain itu, dia juga mencadangkan agar pihak pengurusan pasar raya mengambil rekod suhu setiap pelanggan sebelum masuk membeli barangan.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video