Pasti ramai yang pernah menonton pertelingkahan adik beradik atau ahli keluarga mengenai harta pusaka di kaca televisyen.

Ada yang menganggap babak itu hanya rekaan semata-mata untuk menjadi rencah sesebuah kisah.

Jika ada yang menganggap sebegitu, telahan anda salah.

Sebenarnya, banyak kisah nyata yang wujud melibatkan perebutan harta pusaka.

Gempak senaraikan lima kisah ngeri yang pernah terjadi di Malaysia akibat harta pusaka:

1. Usus Terburai!

Seorang adik menikam abangnya hingga perut terburai di Pulau Langkawi, Kedah hanya kerana harta pusaka pada Jun 2018.

Menggunakan parang panjang, abangnya dilaporkan stabil setelah berjaya menjalani pembedahan selepas mengalami luka di perut sepanjang 25 sentimeter.

Apa yang menggerunkan ialah tikaman itu menyebabkan usus abangnya terkeluar!

2. Ditetak Sehingga Meninggal Dunia

Ditetak di belakang kepala, tangan, peha dan belakang telinga kanan. Begitulah perbuatan kejam seorang abang kepada adiknya, berpunca dari perebutan harta pusaka.

Dalam kejadian yang berlaku pada Mei 2015 itu, lelaki yang berstatus abang itu sanggup menetak mati adik kandungnya sendiri serta menyebabkan kecederaan kepada iparnya, di Seksyen 36, Shah Alam.

3. Kena Hentak Alat Pemadam Api Sehingga Maut

Seorang lelaki berusia 59 tahun maut ditangan adiknya yang berusia 48 tahun kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka.

Dalam kejadian yang berlaku pada Mei 2017 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, abang dan adik mula bertengkar dan bertelingkah sehingga si adik menghentak abangnya dengan alat pemadam api.

4. Mengamuk, Ugut Pukul Dengan Batang Besi

Seorang lelaki diugut pukul oleh adik tirinya dengan batang besi kerana tidak berpuas hati dengan masalah yang membabitkan harta pusaka.

Dalam kejadian yang berlaku di Kubang Pasu, Kedah pada Februari lalu itu, mangsa turut menerima ugutan dari adik tiriynya yang ingin membunuh serta membakar rumah mereka.

5. Cedera Muka, Patah Gigi

Kejadian ini baru sahaja berlaku pada Ogos yang lepas. Seorang lelaki dipukul sehingga patah gigi dan cedera di muka oleh abang kandungnya kerana tidak gembira dengan urusan pembahagian harta pusaka.

Dalam insiden yang berlaku di Kuala Terengganu ini, suspek turut bertindak untuk memukul beberapa ahli keluarga lain, termasuklah kakaknya. Kejadian terbabit menyebabkan mangsa lebam mata, pecah dan bengkak pada bibir serta patah gigi.

------

Kisah mengenai harta pusaka akan diceritakan dalam filem terbaru yang berjudul Pusaka!

Jangan lupa untuk menyaksikan filem itu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi!


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

Sumber: Harian Metro, BH
Kredit foto: mybuckhannon.com