VIRAL
Dihentam Netizen Kerana Liyana Jasmay, Ini Jawapan Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani tampil membalas kenyataan netizen selepas tular sekali lagi gambar imej terbaharu Liyana Jasmay semalam.
Kata Lisa, dia berterima kasih atas komen dan pandangan yang diutarakan pengguna media sosial berhubung isu terbabit.
"Bagi mereka yang memberi komen di sini, saya dengan rendah diri ucapkan terima kasih.
"Saya sejujurnya doakan yang baik-baik untuk anda semua.
"Saya mempunyai banyak dosa. Anda mungkin lebih pandai agama berbanding dengan saya yang banyak kurang dan salah. Salam ikhlas," tulis Lisa pada komen lanjut di Instagram Liyana Jasmay.

Semalam, Lisa tampil meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pengguna media sosial yang terus mengecam tindakan dan imej Liyana Jasmay.
"Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri.
"Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar.
"Dan doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam, yang lebih nampak di sini, sindiran dan perli," tulis Lisa.

Kata-kata itu diluahkan di ruangan komen salah satu daripada entri terbaharu Instagram Liyana.

Bagaimanapun, komen terbabit mendapat reaksi negatif netizen yang kembali menghentam pandangan Lisa.




Semalam, Gempak berkesempatan hadir ke pertunjukan fesyen Rico Rinaldi di GMBB, Kuala Lumpur dan cuba mendapatkan komen daripada Liyana berhubung imej terbaharunya.
Namun, pelakon itu enggan memberikan kerjasama mahupun layanan mesra.
Liyana mencetuskan persoalan mengenai imej bertudungnya kini apabila ada memuat naik rakaman video bertopi sambil menyorokkan rambutnya di media sosial baru-baru ini.