Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dihenyak Kecaman Lepas Nikahi BCL, Tiko Terima Ucapan Hari Jadi Dari Isteri - “Biarkan Mereka Bergosip Tentang Kamu”

Izwan Isa
09/12/2023 01:55 MYT
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL memuat naik sepotong ucapan hari lahir buat suaminya, Tiko Aryawardhana.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu berharap agar belahan jiwanya tidak mendengar apa yang diungkapkan oleh orang lain dan terus menjadi diri sendiri.

BERITA TRENDING: Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”

“Biarkan mereka menghakimi kamu, biarkan mereka salah memahami kamu, biarkan mereka bergosip tentang kamu.

“Pendapat mereka bukan masalah kamu. Teruskan menjadi baik, komited pada cinta dan bebas dalam keaslian kamu.



“Tidak kira apa yang mereka buat atau katakan, jangan kamu berani meragukan nilai diri kamu atau keindahkan pada kebenaran kamu. Teruskan bersinar seperti selalu,” katanya.

Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen menyelar tindakan BCL dan Tiko kerana didakwa menghadiri after party selepas majlis pernikahannya.

Menerusi rakaman video yang tersebar, ramai mempertikaikan jenis minuman yang dinikmati oleh kedua pengantin baharu itu.

#BCL #Tiko
;