VIRAL

Dihimpit Kontroversi, Aliff Zaki Serah Kes kepada Peguam - “Sepanjang Dua Minggu Ini Saya Hidup Namun…”

Asyraf Roslan 22/04/2025 | 01:55 MYT

Selepas dua minggu mendiamkan diri, pegawai kesihatan dan pempegaruh, Aliff Zaki tampil memberi kenyataan.

Jelas Aliff, untuk saat ini dia tidak boleh memberikan sebarang penjelasan berhubung isu yang tular itu namun telah menyerahkan segalanya kepada pihak bertanggungjawab untuk urusan selanjutnta.
“Dua minggu saya diamkan diri dekat sosial media sebab ada urusan dekat alam realiti yang memerlukan fokus saya 100 peratus dan anda semua pasti tahu apa. Jadi saya pilih untuk diamkan diri dulu.
“Untuk apa yang berlaku, saya tak nak bagi penjelasan atau sebarang kenyataan kerana kes ini telah diserahkan kepada pihak peguam, kes ini di peringkat apa, fasa apa biarlah yang berkaitan sahaja yang tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff juga memilih jalan untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tegang.
Menurut Aliff, sepanjang dua minggu namanya terpalit dengan satu isu panas dia seolah-olah telah hilang kehidupannya.
“Saya harap saya boleh kongsikan tetapi saya tak boleh. Saya tak mampu nak respon satu-satu, i was defenseless jadi lebih baik saya tidak bercakap apa-apa daripada saya tersalah cakap maka saya serahkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Macam anda semua, saya juga manusia biasa yang ada kerjaya, kehidupan, keluarga dan urusan yang perlu dijalankan. Saya tahu yang saya tak akan dapat tutup mulut manusia dan berdamai dengan hakikat tu.
“Tetapi apa yang saya boleh bagi tahu adalah selagi masih hidup selagi itulah saya akan cuba perbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sepanjang dua minggu ini saya hidup namun saya tiada kehidupan, saya hilang kehidupan itu . Hari ini hari saya esok lusa tak tahu pula hari siapa, saya minta maaf untuk semua salah silap saya,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif buat Aliff dan mengharapakan apa yang terjadi boleh dijadikan sebagai pengajaran.
“Boleh nampak muka tu ‘depress’, may Allah ease everything for you.
“Dah kurus la doktor lepas kes ni.
“Bagus doc, teruskan hidup. Teruskan buat content-content kelakar.
“Kurus dah Dr Alpha Zaki, nampak macam teruk juga impak isu yang berlaku.

“Move foward,” komen netizen.

Terdahulu, seorang wanita telah tampil mendedahkan mengenai sisi gelap seorang doktor yang dipercayai agak terkenal di media sosial.

Menerusi perkongsian di akaun X, seorang pengguna yang dikenali sebagai @pipimerah__ mendedahkan doktor tersebut didakwa pernah mengajak dirinya untuk mendaftar masuk atau ‘check-in’ ke sebuah hotel ketika di bulan Ramadan lalu.

Perkongsian tersebut dilakukan dipercayai ditujukan kepada wanita yang didakwa sedang bercinta dengan doktor tersebut.

#Viral #Kontroversi #Pempengaruh #Aliff Zaki