Laman Utama

Dihina Kahwin Ketua Kampung 36 Tahun Lebih Tua, Ana Amalia: “Saya Ada Banyak Pilihan Lelaki Seusia”

gempak
Maliah Surip
25/04/2023
14:58 MYT
Sponsor Banner
Dihina Kahwin Ketua Kampung 36 Tahun Lebih Tua, Ana Amalia: “Saya Ada Banyak Pilihan Lelaki Seusia”
Seorang gadis bernama Ana Amalia pernah menjadi viral selepas cerita dirinya berkahwin dengan ketua kampung sendiri tersebar di media sosial.
Perkahwinan Ana dengan suaminya yang dikenali sebagai Emen pada tahun 2018 menjadi viral kerana perbezaan usia mereka yang terlalu jauh.
Ana diketahui berusia 27 tahun, sementara suaminya berusia 63 tahun. Jarak usia mereka adalah 36 tahun, sekaligus membuat perempuan asal Pangandaran, Jawa Barat itu menerima banyak kritikan.
Ana antaranya didakwa sebagai mata duitan kerana sewaktu berkahwin, Emen merupakan Kepala Desa Jayasari (Ketua Kampung), Kecamatan Langkaplancar.
Setelah beberapa tahun berkahwin, Ana dan Emen tampil dalam sebuah YouTube. Dia bercakap mengenai keputusannya berkahwin dengan lelaki tua dengan jarak usia 36 tahun tersebut.
“Lepas nikah banyak kata-kata negatif dilemparkan. Saya dipanggil mata duitan.
“Masyarakat nggak tahu apa yang terjadi. Awal-awal suami juga minta agar kami tidak menikah kerana saya baru lulus kuliah. Saya juga ada pilihan banyak lelaki seusia saya,” kata Ana di YouTube OPRA Entertainment seperti dilaporkan Insertlive.
Namun, Ana menyebut semua keputusan yang dibuat itu tak lain demi berbakti kepada orang tuanya. Ana pun bersyukur kini pernikahannya dengan Emen masih harmoni.
"Cuma saya dulu bakti kepada orang tua. Jadi lepas kenal dua bulan, kami cuba mencari keserasian. Saya ingat satu hari lepas solat Subuh saya berdoa kalau dia jodoh kasih saya ketenangan hati," akuinya.
"Jadi itu pertolongan Allah dan alhamdulillah kita saling terima satu sama lain dan alhamdulillah kita sekarang sudah masuk lima tahun jadi suami isteri," lanjut Ana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live