Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NUSANTARA

Dihina Ketika Gemuk, Bila Sudah Ada '6 Packs' Kekasih Minta Rujuk Balik - Apa Jawapan Lelaki Ini?

Amri Hassan 11/11/2017 | 05:45 MYT
Ada yang kata cinta tak kenal paras rupa, namun tidak semua yang berpegang pada prinsip itu!
Kisah yang berlaku di Thailand ini membuktikan wanita masih memandang lelaki yang mempunyai paras rupa yang menarik dan badan yang tegap.
Seorang lelaki bernama Ken Laycut telah disindir oleh kekasihnya ekoran memiliki masalah kegemukan.
"Kau gemuk dan tak ada usaha langsung untuk kurus. Mustahil untuk kau dapat six packs!" kata bekas teman wanitanya yang memutuskan hubungan dan bertemu dengan seorang jejaka bertubuh sasa.
Kata-kata yang menyakitkan hati itu menjadi pendorong untuk Ken mula bersenam dan membuktikan kepada bekas teman wanitanya itu salah.
Cuma empat bulan, Ken berjaya mengurangkan 10 kilogram berat badannya dan berjaya membina otot badan termasuk memperoleh eight packs!
Terkejut dengan transformasi badan Ken, wanita itu mahu pulang ke pangkuan Ken dan ini jawapan yang diberikan.
"Saya tak akan lupa apa yang telah dia katakan pada saya," tegas Ken menolak permintaan wanita itu.
Kisah Ken menjadi viral di Thailand dan kini jejaka kacak itu menjadi model serta bakal menjadi pelakon.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Line Today, World of Buzz
#Viral #Viral #Thailand #Nusantara