Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”
Mya Amri
12/04/2024 04:54 MYT
12/04/2024 04:54 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed akui tidak terkesan apabila ada segelintir netizen memberikan komen negatif terhadap busana raya bertemakan Barbie yang digayakan bersama isteri.
Menurut Prince Syed, dia hanya ketawa apabila membaca komen-komen tersebut selain menganggap coretan netizen itu menghiburkan.
“Viral betul ya baju raya Barbie tu sampai luar negara. Macam macam komen dilemparkan. Satu sahaja nak cakap.
“Kami gelak baca komen, terhibur sebab netizen tak pernah tak lawak,” tulisnya menerusi satu hantaran di TikTok.
undefined
Busana raya kedua rona biru bertemakan batik
Sementara itu menerusi hantaran yang sama, Prince Syed juga turut berkongsi busana raya yang dipakai semasa hari raya kedua bersama isterinya, Queen Syarifah.
“Raya kedua simple sahaja baju kami, tema batik biru abang buat untuk keluarga abang. Orang kampung Gerik memang sporting dan baik-baik.
“Sambut baik kedatangan kami beraya di sini, sebab itu setiap kali raya dekat sini kami seronok okay. Abamg dengan keluarga mentua memang rapat dan abang layan sama macam keluarga abang sebab kami adalah sebuah keluarga besar,” coretnya.
BERITA TRENDING: Prince Syed, Isteri Gayakan Busana Raya Bertemakan Barbie, Sempat Ziarah Kubur - "Simple Jer Baju Kami Anak-Beranak"
Terdahulu, terkenal sebagai pempengaruh yang kerap menggayakan fesyen unik sehingga mengundang pelbagai komen netizen.
BERITA TRENDING: “Takkan Kita Nak Pergi Pasar Borong Pakai Macam Ni Kan?” - Prince Syed & Isteri Melaram Bertempat
Malah busana raya bertemakan Barbie yang digayakan itu juga menjadi tular sehingga ada yang kurang senang melihat fesyen keluarga itu.