BERITA
Diingatkan Solat Sebelum Tengok Bola, Ini Jawapan Che Ta!
Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam sengit apabila menyaksikan Malaysia dan Vietnam meraih 2-2.
Kemeriahan perlawanan bola sepak itu juga diserikan dengan kehadiran ramai selebriti tempatan dan antara yang menjadi perhatian adalah Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dilihat sudah berada di stadium bersama suami, Zain Saidin dan anak Aaisyah Dhia Rana semenjak petang hari.
Namun kehadirannya yang datang lebih awal bersiap dengan solekan tebal serta berbulu mata selain berseluar sekuin dan berkasut boot itu menarik perhatian netizen.
Rata-rata mengingatkan Che Ta supaya mengerjakan ibadah solat Magrib dahulu sebelum perlawanan bola sepak itu bermula.
Namun Che Ta tidak mendiamkan diri apabila membalas ringkas dengan perkataan “cuti” iaitu maksudnya sedang datang bulan
Che Ta turut berkongsi foto-fotonya melaram di stadium semalam.