Laman Utama

Diinspirasi Oleh Variasi Kulinari Di Malaysia, Astro & Warnakala Studios Persembahkan Animasi Baharu, Makania

Izwan Isa
07/12/2023
06:28 MYT

Selepas kejayaan demi kejayaan dilakar oleh siri animasi Didi & Friends dan filem Didi & Friends The Movie, Warnakala Studios kembali dengan sebuah siri animasi baharu yang diberi judul Makania.

Produser dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian berkata, Makania merupakan sebuah siri animasi yang berkisarkan tentang makanan dan juga pengembaraan dua beranak dalam merebut impian memenangi wang tunai menerusi sebuah pertandingan memasak.
“Keinginan untuk menerbitkan animasi-animasi baharu di bawah Warnakala Studios sentiasa ada dalam perancangan kami.
“Sama seperti naskhah sebelum ini, kami berharap agar Makania juga akan menempa kejayaan seperti animasi pertama kami iaitu Didi & Friends,” katanya.
Mengangkat makanan sebagai subjek utama, Hairul berkata, inspirasi untuk berbuat demikian datang daripada pemerhatian yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Inspirasi bagi Makania sebenarnya orang kita juga. Orang kita jika bab makan, nombor satu! Makanan kita sedap, disanjung di seluruh dunia. Bila nak makan tengah hari boleh bergaduh sebab tak tahu nak jawab soalan ‘Nak makan apa?’.
“Bukan setakat bergaduh kecil, bergaduh dengan negara jiran pun ada, masing-masing nak claim siapa punya makanan lagi sedap! Dengan cef antarabangsa pun kita boleh marah. Ingat kes Rendang Crispy kan?
“Jadi kami yakin cerita mengenai kecintaan kita terhadap makanan memang sesuai dijadikan resepi bagi sebuah siri animasi baharu,” katanya lagi.
Sementara itu, pengarah bagi Makania, Akmal ‘Kucha’ Aziz Asmawi menambah: “Selepas kejayaan filem Didi & Friends The Movie, kami di Warnakala Studios berselera besar untuk cabaran seterusnya - iaitu mencipta animasi yang baharu.
“Bagi kami yang bertahun lamanya berada di dunia comel Didi & Friends, terasa sudah tiba masanya untuk cuba hidangkan sesuatu yang segar kepada peminat animasi Malaysia,” katanya.
Lebih mengujakan, runut bunyi Makania telah diluncurkan pada 31 Oktober lalu dan ramai dalam kalangan peminat menyukai lagu garapan DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly itu. Justeru, tidak hairan lagu berjudul My Way yang dinyanyikan oleh Arez Adnan dan Ahmad Irfan ini telah menerima lebih 700,000 tontonan sejak ia dilancarkan.
Makania menceritakan tentang Naz dan bapanya, Kareem yang menyertai pertandingan memasak Makania Next Top Chef (Mantop), sebuah rancangan realiti televisyen demi memenangi hadiah wang tunai lumayan. Namun, bagaikan ada udang di sebalik batu, mungkinkah cita-cita mereka bakal memakan diri?
Saksikan Makania setiap Jumaat bermula 8 Disember ini pada pukul 3 petang atau strim pada bila-bila masa secara on demand melalui Astro Ultra Box & Astro GO.
Makania boleh didapati dalam Astro Pek Primary, hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto-debit. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut. Tertakluk pada terma dan syarat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Laman Utama

Watak Dalam The Cadets Tarik Perhatian, Netizen Usik - “Hawa Tu Kenit Kenit, Tapi Samseng Kemain Ek”

gempak
27/12/2023
14:55 MYT
Hawa comel jadi bomba.
Laman Utama

5 Perkara Yang Gempak Suka Dengan Siri Live Action Pertama Super Wira!

gempak
04/10/2023
12:53 MYT
'Super Wira' bakal mengubah landskap penceritaan genre superhero di Malaysia
Laman Utama

Kolaborasi Astro & Qalbox Tawar Variasi Program Islamik Terbaik

gempak
05/08/2023
14:50 MYT
Pelbagai rancangan berkualiti ditawarkan
Laman Utama

Ekstravaganza Muzikal, Astro Showcase Meriah, Dapat Sentuhan Magis Daripada Tiara Jacquelina

gempak
21/07/2023
13:24 MYT
Memang sangat meriah!