Hiburan
'Diintai' Penyanyi Dangdut Indonesia, Danial Zaini Enggan Ulas Lebih - "Kami Baru Sahaja Berkenalan ..."
Penyanyi dan penyampai radio ERA, Danial Zaini menafikan dakwaan sedang menyulam cinta dengan seorang penyanyi dangdut, Dara Ayu yang kian membina nama di Indonesia.
Menurut Danial atau nama sebenarnya, Mohamad Danial Mohd Zaini, 27, menyatakan hubungan mereka masih pada fasa awal perkenalan.
"Masih terlalu awal untuk saya kata apa-apa, kami baru berkenalan.
"Doakan yang baik-baik, saya juga ingin bahagia seperti insan biasa," katanya.
Sebelum ini, Juara Lawak Solo Musim Pertama seakan memberi bayangan dia kini mula ‘diintai’ penyanyi daripada seberang.
"Hai abang Danial, saya suka sangat lagu terbaru anda Ku Tak Rela anda.
“Liriknya sangat terkesan di hati, malah saya makin terasa sayu apabila pernah melalui situasi sama," tulis Dara di Instagram (IG) Danial.
Komen tersebut dibalas mesra Danial yang pernah muncul dengan Siti Bilang Cuti dua tahun lalu.
"Alhamdulillah dan terima kasih kerana gemar akan lagu KuTak Rela.
"Saya tak sangka lagu ini diterima baik di Indonesia," balas Danial.
Lebih menguatkan spekulasi, Dara menerusi laman IG turut berkongsi tangkap layar (screenshot) perbualan mereka yang ‘meleret’ hingga ke Direct Message (DM).
"Saya teringin untuk bertanya pada Danial, adakah benar jalan cerita Ku Tak Rela sebenarnya terinspirasi daripada kejadian sebenar?
"Apa pun saya sentiasa mendoakan kejayaan Danial dalam industri nyanyian,” tulis Dara.
Malah, Danial dilihat tidak kekok berbual sehinggakan menceritakan kisah sebenar di sebalik lagu Ku Tak Rela.
"Lebih kurang begitulah cerita di sebalik lagu ini, namun itu semua kisah lama.
"Saya kini lebih selesa memberi fokus kepada pekerjaan dalam dunia hiburan," tulisnya lagi.
Terdahulu, nama Danial pernah mendapat perhatian ramai dek kerana kisah percintaannya yang tidak kesampaian.
Must-Watch Video