,
Laman Utama

Dijadikan Content Media Sosial Lepas Dilahirkan, Bayi Pramatang Mati Gara-Gara Kecuaian Klinik

Izwan Isa
22/11/2023
02:55 MYT
Gara-gara dijadikan content media sosial sebuah klinik bersalin sehari selepas dilahirkan , seorang bayi pramatang yang hanya memiliki berat 1.5 kilogram meninggal dunia.

BERITA TRENDING: Suntik Udara & Susu Berlebihan, Jururawat Didapati Bersalah Bunuh 7 Bayi Di Hospital

Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh ibu mangsa menerusi Instagram, bayi yang sepatutnya diletakkan dalam inkubator itu diambil tanpa izin oleh pihak klinik dan dijadikan sebagai ‘bahan’ untuk kandungan media sosial institusi mereka.
“Bayi 1.5 kilogram kamu buat sebegini tanpa izin keluarga, tanpa ada pemberitahuan kepada pihak keluarga. Sepatutnya bayi ini diletakkan dalam inkubator dan diberikan rawatan yang intensif. Tapi kamu buat review dan content. Di mana hati nurani kamu? Ini manusia tau, bukan binatang!” tulisnya.
Selain sesi newborn photography, ibu mangsa juga menjelaskan yang arwah anaknya itu turut dimandikan oleh pihak klinik.
“Bayi 1.5 kilogram dimandikan! Pada foto-foto, pada video-video untuk review dan content! Nyawa dibayar nyawa,” tulisnya lagi.
Menurut ibunya, mangsa dilahirkan pada 13 November lalu. Namun, keesokan harinya, dia dan bayinya dibenarkan untuk pulang, tanpa diberi sebarang surat atau dokumen. Pada sebelah malam, si ibu mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.
“Pukul 10 malam bayi lahir, pukul 8 pagi bayi disuruh pulang tanpa ada surat kepulangan, tanpa ada surat keterangan sihat dan boleh dirawat di rumah.

BERITA TRENDING: Cekik Jiran Sampai Mati Sebab Tak Tolong Muat Turun Game

“Adik saya buat pembayaran pun tidak diberi resit. Lahir tak ada surat kelahiran, pulang tak ada surat untuk pulang, meninggal tak ada surat kematian. Astaghfirullah klinik biadab,” ungkapnya.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ashraf Muslim Tidak Berminat Kongsi Fasal Content Perubatan Islam - "Niat Berubat Itu Untuk…"

gempak
30/10/2024
02:55 MYT
Jelas Ashraf, sebagai pengamal perubatan Islam, dia mahu niat berubat itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan bukan sebaliknya.
Berita

Nekad 'Larikan ' Bayi Pramatang Berusia 17 Hari

gempak
27/10/2024
11:55 MYT
Ia sememangnya ajaib.
Berita

Pelajar Malaysia Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Bayi Sendiri Di UK

gempak
26/10/2024
01:03 MYT
Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) yang meletakkan bayi yang baru dilahirkan ke dalam kotak bijirin sejurus selepas kelahiran pada Mac tahun ini dan menyembunyikan kotak itu dalam sebuah beg pakaian, telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun.
Viral

Pelajar Malaysia Bunuh Bayi & Sumbat Dalam Kotak Bijirin Didakwa Di UK

gempak
25/10/2024
08:42 MYT
Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, Britain atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
Unitar