Menjelang Aidilfitri 2020, Astro memberikan sebuah bingkisan termanis buat semua pelanggan mereka.

Buat julung kalinya, setelah beberapa tahun saluran Indopek menggunakan jenama Bintang dan Pelangi yang menyajikan program program menarik dari Indonesia, di tahun 2020 Indopek siap memperkenalkan penjenamaan baharu.

Mari kita ucapkan selamat datang kepada Astro Rania dan Astro Aura yang pastinya akan menjadi saluran pilihan terhebat buat semua penggemar 'juadah' dari Indonesia.

Bilakah kita akan boleh menikmati rangkaian dua saluran Astro Rania dan Astro Aura ini?

Perhatikan dan ambil nota ini dengan jelas. Astro Rania akan bersiaran di saluran 112 HD manakala Astro Aura di saluran 113 HD bermula 23 Mei 2020 ini secara serentak!

Ya, catat tanggal ini, 23 Mei 2020 hanya di saluran 112 HD dan 113 HD. Sila langgan di saluran 200 atau layari di Astro Go dan On Demand.

Penjenamaan semula saluran Indopek dengan nama Rania dan Aura di kaca televisyen bermula 23 Mei 2020 ini punya signifikan tersendiri.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina, penjenamaan julung kali ini adalah tanda hati yang sesuai dan berbaloi dengan nilai bayaran yang dikenakan terhadap pelanggan Astro selama ini.

“Selaku pembekal kandungan berbayar utama di negara ini, Astro sentiasa memperkenalkan pelbagai pembaharuan dinamik bagi menambah baik mutu perkhidmatan terutamanya daripada segi kualiti dan fleksibiliti agar berbaloi dengan nilai bayaran yang dikenakan," kata Raja Jastina.

Okay, mari semak fakta ini sebentar.

Astro Rania yang menggantikan saluran Bintang sesuai ertinya sebagai 'kesukaan' pasti akan membuat penonton tidak memilih saluran lain melainkan hanya Astro Rania di saluran 112 HD.

Di saluran inilah penonton akan dihidangkan dengan sinetron popular dan program program hiburan terkini sesuai untuk seisi keluarga.

Sebagai permulaan, Astro Rania akan membuat fenomewa melalui sinetron Cinta Buta yang telah menerima banyak pengiktirafan saat ditayangkan pada tahun lalu.

Juga sepanjang Lebaran ini, Astro Rania akan memenuhi hari raya anda dengan program program menarik yang tentunya tidak akan membuat hari anda bosan.

Menerusi Astro Aura yang tentunya akan memberi sebuah suasana hebat, jangan terlepas menyaksikan program program hiburan termasuk muzik Dangdut yang punya pesona dan pengaruhnya tersendiri.

Tunggu, bukan hanya dangdut, Astro Aura juga mempersembahkan banyak program muzik atau hiburan lainnya yang pasti akan membuat anda tidak ingin melepaskan setiap episod dan tayangannya.

Dik Non tak percaya? Tunggu tanggal 23 Mei 2020, Astro Rania dan Astro Aura yang akan hadir ke kaca televisyen anda akan membuktikan segalanya.

Selamat terpesona dengan dua permata baru Astro ini, ya Dik Non Dik Non tercinta.

Oleh: Maliah Surip