Ketegasan penyanyi dan komposer, Ajai memberikan komen setiap kali menjadi juri sesebuah program sering menjadi perhatian netizen.


Tegas beri komen

Bagaimanapun kata Ajai, dia mempunyai sebab tersendiri dan lebih mementingkan kejujuran dalam memberikan ulasan.

“Tak akan kita nak bagi komen yang tidak jujur. Yang tak sedap kata sedap. Mana tanggungjawab kita di situ.


“Tapi setiap orang ada cara tersendiri. Macam di sekolahlah, mesti ada cikgu yang garang, kalau cikgu tu tak garang, kau bodoh sampai sekarang.

“Jadi kita kena ikhlas, bukan lazer tapi ikhlas. Mengenai cara penyampaian tu, saya juga ada belajar, mungkin ada orang yang boleh terima, ada orang tidak. Sekarang ini saya dah banyak beralas,” katanya menerusi program No Filter.


Untuk menonton episod penuh tentang Ajai klik DI SINI

Saksikan juga episod terbaharu No Filter setiap Isnin di www.gempak.com pada jam 12 tengah hari.

No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/sebulan (JIMAT 30% - tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). Whatsapp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.