HIBURAN
Dikatakan Bingit Bawa Watak Dalam Di Sebalik Reda, Shazia Rozaini Tak Kisah - “Damia Memang Layak Dibenci”
Pelakon, Shazia Rozaini tidak cepat melatah apabila ada penonton mengatakan lakonannya agak bingit ketika membawakan watak Dahlia dalam drama Di Sebalik Reda.
Layak dikecam
Menurut Shazia, watak Damia merupakan antara karakter paling mencabar dan tidak menyangka lakonannya itu berjaya memberikan impak kepada penonton.
“Alhamdulillah memang itu yang saya cuba tunjukkan untuk watak Damia.
“Pada saya, Damia memang layak dibenci dan saya gembira kalau penonton dapat rasa sebegitu,” ujarnya kepada Gempak.
Watak yang penuh ego
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang watak tersebut, Shazia berkata Damia mempunyai ego yang sangat tinggi dan penuh dengan perasaan tidak puas hati terhadap orang sekeliling.
“Damia merupakan seorang OKU yang sentiasa menyalahkan semua orang lain atas kekurangan dirinya, seorang yang ego dan pentingkan diri sendiri.
“Sanggup buat apa sahaja untuk dapat apa yang dia nak, dan selalu rasa diri dia betul. Tetapi sebenarnya dia seorang yang penyanyang cuma dia tutup sifat penyayang dengan keegoan dia,” jelasnya.
Selain Shazia, drama ini dibintangi oleh Adam Lee, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.
Saksikan Di Sebalik Reda setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105).
Drama ini juga boleh ditonton di Astro One dan sooka.