Laman Utama

Dikatakan Sudah Meninggal Dunia, Isteri Pasha Ungu Terkejut!

gempak
Fiza Kamarudin
05/03/2021
08:15 MYT
Sponsor Banner
Dikatakan Sudah Meninggal Dunia, Isteri Pasha Ungu Terkejut!
Isteri kepada Pasha Ungu, Adelia Wilhemina terkejut apabila mendapat tahu mengenai berita mengenai dirinya yang dikatakan sudah meninggal dunia tular di media sosial.
Adelia yang terkilan dengan berita tersebut meluahkan rasa hairan mengenai sesetengah individu yang suka menyebarkan cerita palsu.
"Ya Allah, seramnya berita ni. Kenapa tulis berita palsu macam ni?,” tulis Adelia seperti yang dilaporkan detik.com.
Adelia juga meminta agar pengikutnya di media sosial lebih bijak memuatnaik konten dan membaca berita yang disiarkan.
"Kadang-kadang tajuk tak sesuai dengan isinya. Jadi kalau and abaca, baca sampai habis bukan setengah-setengah,” katanya.
Dalam pada itu, Adelia turut mengesahkan dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat serta berharap diberikan usia yang panjang.
"Alhamdullilah masih sihat wal afiat. Mudah-mudahan panjang umur. Amin…Doakan saya ya,” katanya.
Terdahulu seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ferianto berkongsi khabar duka mengenai isteri vokalis Ungu itu sudah meninggal dunia.
Menerusi hantaran tersebut Ferianto turut memuatnaik foto Adelia bersama Pasha.
"Innalillahi, selamat jalan untuk selamanya, Adelia istri Pasha Ungu. Semoga khusnul khotimah. Mohon bantuan doanya," tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Adelia kini sedang menikmati masa bersama Pasha Ungu sepenuhnya selepas suaminya itu tidak lagi bertugas sebagai Timbalan Walikota Palu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live