Hiburan
Dikawal Dengan 3 Pengawal Peribadi, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Semula Kes Khalwat
Aktor sensasi Aliff Aziz dan aktres kontroversi, Ruhainies tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan semula kes khalwat pada pagi Khamis.
Aliff yang berpakaian serba hitam manakala Ruhainies pula memakai jubah berwarna cerah itu diwakili peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani.
Aliff dan Ruhainies turut dikawal dengan tiga pengawal peribadi.
Sementara itu, Ruhainies memaklumkan dia bertolak ke mahkamah pada pukul 7:30 pagi.
Ruhainies yang memakai pelitup muka turut memohon doa urusannya hari ini dipermudahkan.
"Doa yang baik-baik," katanya.
Hanya meluahkan rasa syukur, Aliff bagaimanapun terus mengunci mulut dan enggan memberi sebarang respons kepada pihak media mengenai prosiding hari ini.
"Alhamdulillah," kongsinya.
Awal Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Terdahulu pada 20 Jun, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
BERITA TRENDING: Bella Astillah Tak Ambil Kisah Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies - “Dia Tiada Kaitan Dengan Saya…”
BERITA TRENDING: Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne
BERITA TRENDING: Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?
BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel
Must-Watch Video